Sunday, March 27, 2011

Jika tidak memiliki apa yang kamu sukai maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini...????

Alhamdulillah........ dengan keikhlasan dan keredhaan dalam kehidupan ini.. Allah SWT telah memberikanku kehidupan dan kebahagian dalam hidup ini. Walaupun pelbagai cobaan dan dugaan dengan ketabahan hidup ini diteruskan jua, dengan memikirkan hanya perkara yang mendatang dan kehidupan ini adalah Anugerah dari Yang Maha Esa yang perlu di teruskan.

Menceritakan bab cobaan dan dugaan dalam kehidupan ini, terkenang pulak berkenaan kes beberapa tahun lalu. Tidak disangka ada orang kurang senang dengan kebahagian ini. Mereka cuba menkucar-kacirkan kehidupan yang bahagia ini. Salah satu cara yang orang yang berhati busuk ini gunakan ialah menggangu kerukunan rumah tangga ini kononnya suami bermain kayu tiga dengan bosnya seorang engineer.... "Porah".... suami ku sendiri BOSS... dialah
engineer, dialah juga manager. bodoh juga pompuan yang cuba ayat si isteri dengan mengatakkan yang dia adalah engineer yang kononya berpacaran dengan suamiku..

Setiap hari dia cuba mengganggu dengan menelefon rumah.. pabila suami mengangkat telefon dia akan mendiamkan diri.. tapi apabila isteri mengangkat telefon dia terus bertanya ingin bercakap dengan si suami. Dengan menggunakan cara percakapan yang manja, dan kononnya nak bagi si isteri marah dia menyuruh si isteri memanggil si suami.

Berikut adalah coretan percakapan berberapa penggilan antara si polan (syaitan yang bertopengkan manusia) yang ingin mengganggu kerukunan rumah tangga orang :

Panggilan 1
5.45pm :Kring... kringg.... kringg... (tel rumah berbunyi)

Si isteri : Hello
Si polan : Hello
Assalamualaikum...... (nada lembut gila.....dan kononya manja lah)
Si isteri : Walaikum salam...

Si polan : Boleh saya bercakap dengan Abang F. (dia buat manja lagi)

Si isteri : Boleh... Kejap yer saya panggil dia...
ganggang tel diletakkan sebentar... isteri pun memanggil si suami....dengan suara yg sayup si isteri pun memangil si suami.... abg, ada call ni cepat la abg.. si suami pun tanpa berlengah2 terus mencapai ganggang telefon.
Si suami : Hello.... hello...
dengan tiba2 senyap jer ganggang tu dan kedengaran bunyi Tut.. tut.. tut.. tut....
suami pun bertanya pada isteri :
yang, sapa yang call tadi, tak dengar apa2 pun...
si isteri pun menjawab : entah perempuan yang call tadi.... tanpa mensyak apa2 si isteri pun berkata. mungkin dia kehabisan kredit kot abg..

beberapa hari kemudian
:

Panggilan 2.

5.45 pm : Kring... kringg.... kringg... (tel rumah berbunyi lagi)

Si suami : Hello... hello... hello... hello....
Si polan : (senyap sunyi jer) tut.. tut... tut... (dia letak telefon)

selang beberapa minit pada hari yg sama

Panggilan 3

5.45 pm : Kring... kringg.... kringg... (tel rumah berbunyi lagi, kali ni si isteri menjawab pulak)

Si isteri : Hello... Si polan : (senyap sunyi jer)
Si isteri : Hello...
Si Polan : Hello... May i speak to Abang F.. (Suaranya masih sama dan kononnya manja)

Si isteri : Oh.. wait a minute.... Ganggang tel diletakkan sebentar... dan memanggil si suami... darling call for u darling....
si suami : Hello.....
Si Polan : Senyap sunyi...tiba2 bunyi Tut..tut..tut... dia letak lagi tel.... Maka terjadilah panggilan yang sebegini beberapa kali dalam beberapa hari.

Panggilan terakhir

5.40 pm Kring... kringg.... kringg... (tel rumah berbunyi)

Si isteri : Hello
Si polan : Hello Assalamualaikum...... (nada lembut gila.....dan kononya manja lah)
Si isteri : Walaikum salam...
Si polan : Boleh saya bercakap dengan Abang F. (dia buat manja lagi)

Si isteri : Boleh... Kejap yer saya panggil dia...

Si polan : Kejap, sebelum tu i nak bercakap dengan u.. u ni wife Abang F kan....

si isteri : Yer, ada apa hal yer...


Si polan : Untuk pengetahuan u, i ni girlfriend Abang F... i ni juga engineer Abang F. i dah lama berkenan dengan Abang F. U nak tau, i selalu keluar dating dengan Abang F dan kami juga nak kawin tak lama lagi


Si isteri : Oh yer ker... tak sangka i, ada juga orang minat pada suami i yer.. bertuah i dapat suami yang hot mcm dia. Kalau macam tu, salam perkenalan dari i yer.. tak lama lagi kita nak bermadu.. bagus juga u call i, boleh kita saling kenal mengenalkan... bukan senang i nak dapat payung emas. tak semua girl sanggup dapat payung emas kan...
u nak tau....(tak sempat lagi si isteri bercakap)
tut... tut... tut....

Si polan tu terus letak telefon...


Dia ingat si isteri macam dia, tanpa usul periksa terus nak melenting... untuk pengetahuan si polan... si isteri tahu dan kenal siapa suami dia.. kawan2 di tempat kerja...dan kehidupan si suami, sbb si suami adalah suaminya.. takkan dia nak berkahwin dengan lelaki yang jahat, gatal, dan sebagainya... dia ni bodoh tak tahu sejauh mana kasih sayang si suami pada si isteri... si polan ni juga bodoh.. dengan selalu gangguan telefon dia ingat si isteri tidak mengetahui siapa dia..

Telefon di zaman moden ni kebanyakkan semua boleh
display no tel pemanggil yang membuat panggilan masuk dan keluar dengan hanya membayar RM3/bulan. Dari situ juga si isteri dan suami dapat mengenal pasti no telefon pemanggil tersebut, walaupun di memanggil ke talian tetap iaitu ke rumah si suami dan isteri.

Dengan bukti yang ada, satu laporan polis telah dibuat berkenaan kes tersebut dengan tujuan perlindungan. Dengan laporan tersebut juga, siasatan polis juga telah mengenalpasti nombot telefon yang telah membuat panggilan mengganggu kerukunan rumahtangga orang dapat dikenali... Alangkah tekejutnya apabila pihak polis memberikan maklumat pemanggil tersebut. Rupa-rupanya dia adalah _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ . Pemanggil tersebut rupanya amat dikenali. Dan pihak polis juga bertanya adakah ingin membawa perkara ini kepada pihak atasan, mendakwa atau sebagainya.

Dengan perasaan belas kasihan walaupun sebenarnya perkara sebegini perlu di bawa ke tengah, si suami dan isteri telah berbincang, dan ingin menyelesai perkara begini di luar.

Sebenarnya si polan tersebut mungkin mengalami tekanan jiwa akibat keadaan persekitaran dan mungkin di kehidupannya.. kesian sungguh dengan insan yang begini..

Amat malang bagi dirinya... mungkin juga dia tidak memiliki dengan apa yang aku miliki... dengan PHD yang dia ada, dia cuba meruntuhkan rumah tangga orang.. Mungkin juga dia ingin memiliki suamiku.. tapi tidak berjaya... hahahahhaha gelak besar aku bila dapat tahu siapa dia..... aku tahu dia juga ingin memecah belahkan keluargaku dan menjodohkan suamiku dengan seseorang.. hahahaha gelak lagi aku.... Sedarlah manusia.. kita buka tuhan..


Alhamdulillah.. hidup aku dan suami bahagia hingga kini.. Tq ALLAH...